KPT digesa segera campur tangan isu ‘Zero Balance Policy’ Universiti Malaya

Presiden Pertubuhan Jasanusa, Samsudin Awang yang membuat gesaan itu berkata, sungguhpun universiti awam (UA) telah diberi kuasa autonomi di bawah Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara untuk mengurus sumber kewangan mereka sendiri, namun kebebasan itu tidak bermakna pengurusan UA boleh terus hilang sifat tanggungjawab sosial dan kemanusiaan sebaliknya hanya fokus terhadap keuntungan perniagaan semata-mata.