Sejak dilantik sebagai Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, antara yang menjadi tumpuan Nga Kor Ming adalah sampah. Beliau meletakkan sasaran mahu menutup 100 pusat pelupusan sampah haram. Ternyata komitmen beliau membuahkan hasil malah melebihi KPI yang ditetapkan apabila sebanyak 1,410 tapak pelupusan sampah haram berjaya dibersihkan dan ditutup sejak Disember tahun lepas hingga 31 Ogos lalu. – MG