Keadaan banjir di Kampung Baru Chedong, Maran malam tadi. Gambar : Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Luit

KUANTAN – Sebanyak 26 kediaman di Kampung Baru Chedong, Luit, Maran dinaiki air setelah hujan lebat berterusan sejak 6.30 petang semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) Maran, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.50 malam.

“Berikutan hujan lebat tersebut, aliran sungai di kawasan kilang sawit berhampiran telah diluahkan ke Sungai Chedong dan turut menjejaskan kira-kira 23 buah rumah,” katanya dalam kenyataan.

Berikutan itu, seramai 126 mangsa termasuk 11 orang warga emas dan seorang orang kurang upaya (OKU) yang terjejas terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang berhampiran bermula jam 11.30 malam.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa direkodkan, dan paras air menunjukkan trend menurun sejak jam 9 pagi tadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast