BENTONG – Barisan Nasional (BN) mengumumkan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Bentong, Amizar Abu Adam sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, 7 Oktober ini.
Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengumumkan calon itu berkata, selain Amizar, UMNO menyenarai pendek tiga lagi nama, iaitu Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh dan dua Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian tersebut, Datuk Jamaludin Buyong dan Fazlin Norhana Ahmad.
“Selepas pengumuman calon tidak mahu ada kedengaran ada bilik hendak gerakan ditutup, ada yang merajuk atau ada bercuti.
“Kita nak tunjukkan bahawa 190 bahagian yang lain bahawa di Bentong tunjuk contoh tauladan yang baik, kita bermula di Pahang,” katanya ketika berucap di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong, di sini, hari ini.
PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina di Shah Alam pada 17 Ogos lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 7 Oktober ini dengan hari penamaan calon berlangsung pada 23 September ini manakala 3 Oktober sebagai hari mengundi awal.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Johari berjaya memenangi kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat.
Amizar sebelum ini pernah bertanding di kerusi DUN Ketari pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) lalu.
Armizar yang merupakan anak tempatan dilahirkan pada 7 Julai 1973 dan telah bersama UMNO sejak 25 tahun.
Sementara itu, Amizar berkata, tanggungjawab yang diberikan ini adalah kesinambungan yang telah dilaksanakan oleh penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.
“Bahawasanya ini adalah amanah parti dan saya sebagai menyambung legasi Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.
“Banyak perkara-perkara yang akan dilaksanakan yang telah dirancang dan saya rasa ingin terpanggil untuk meneruskan legasi arwah dalam setiap apa yang ingin dilaksanakan yang telah dirancang di N.36 Pelangai,” katanya. – MalaysiaGazette
Tips memilih untuk orang2 Melayu akar umbi di Pelangai. Bila Pas berkawan dengan DAP kita pilih Umno. Bila Umno berkawan dengan DAP kita pilih Pas, mudah saje.
Dap adalah parti anti Islam dan anti perlembagaan @anti establishment dan mahukan negara sekular.
Jom bangkit orang2 Melayu, peace.