Kamarul Zaman Mamat menyematkan Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada salah seorang penerima pingat itu.

JOHOR BAHRU – Seramai 112 pesara dan bekas polis serta petugas pada era darurat menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN).

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, istiadat penganugerahan pingat itu adalah bagi mengenang jasa anggota terlibat.

Katanya, selain pesara dan bekas polis era darurat, seramai 55 orang balu dan waris anggota yang telah meninggal dunia dan 28 anggota masih yang berkhidmat turut menerima pingat sama.

“Setakat ini seramai hampir 3,401 penerima dimana 1,727 yang masih sebagai pesara polis dan 1,674 adalah penerima yang masih berkhidmat.

“Majlis kali ini merupakan majlis terakhir Kontinjen Johor dan tiada lagi penerima yang belum mendapat pingat  PJPN secara istiadat,” katanya pada majlis penganugerahan pingat itu peringkat Kontijen Johor, di sini, hari ini.

Sementara itu, penerima PJPN, Awang Daud, 88, berkata, beliau tidak akan melupakan pengalaman bertugas sebagai anggota polis 12 Julai 1948 hingga 30 Ogos 1957.

Katanya, antaranya apabila pasukannya membuat penyamaran di Kota Kecil, Kota Tinggi pada 1957 yang membolehkan mereka membunuh salah seorang ketua komunis.

“Ketika itu saya bersama 36 orang dengan pegawai-pegawai saya orang putih berpangkat Sarjan ketika itu diberi tugasan untuk menjadi mata-mata,” ujarnya.

Awang berkata, beliau ditugaskan untuk membersihkan kawasan longkang di kawasan perumahan di Kota Tinggi melihat kedatangan komunis.

“Ketika itulah saya dari jauh telah nampak dan menghidu kedatangtan komunis. Jadi waktu itu saya hentak dia gunakan senapang. Saya hentak sebanyak dua kali,” katanya.

Bapa kepada 13 anak itu juga berkata, orang ramai bukan sahaja perlu mengahargai keberadaan polis malah harus menghormati setiap perjuangan yang pernah dilakukan anggota dan pegawai polis untuk kemakmuran negara ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast