KUALA LUMPUR – Syarikat pengeluar dan pemborong beras, Syarikat Faiza Sdn. Bhd mengakui pihaknya kini juga berdepan masalah apabila menerima tekanan dari peruncit yang mahu membekalkan beras tempatan kepada mereka.
Pengurus Cawangan Tengahnya, Jadwa Abu Bakar berkata, ia kerana peruncit tidak faham Syarikat Faiza sendiri tidak mampu memenuhi permintaan tersebut disebabkan tidak mendapat bekalan beras mentah tersebut.
“Kami juga mendapat tekanan pelanggan yang mendakwa kami sengaja menaikkan harga beras putih import. Pada hal harga beras dunia naik dan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) terpaksa menaikkan harga kepada pemborong seperti kami.
“Secara tidak langsung menyebabkan kami juga terpaksa menaikkan harga kepada pelanggan kami,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas isu kekurangan beras putih tempatan di beberapa negeri sejak kebelakangan ini hingga menyebabkan masyarakat terpaksa membeli beras import yang mahal harganya.
Mengulas lanjut, Jadwa menambah, realiti sebenar yang berlaku dalam isu bekalan beras tempatan ketika ini berkurangan disebabkan faktor penghasilan padi yang berkurangan sejak awal tahun 2023.
Menurut beliau, kenaikan kos petani juga menyumbang kenaikkan harga padi di peringkat kilang padi.
“Ini menyebabkan kami tidak dapat membeli bekalan beras mentah tempatan dengan harga yangg membolehkan kami menjual kepada peruncit pada harga yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu 2,540 tan metrik.
“Bagaimanapun, alhamdulillah dengan bantuan pihak Bernas, kami dapat membeli sekitar 200 hingga 300 tan metrik sebulan dari mereka.
“Walaupun sebelum krisis ini kami mampu membeli sehingga 6, 000 tan metrik dari Bernas dan kilang-kilang padi swasta di seluruh negara,” katanya.
Sementara itu, Syarikat Faiza adalah sebuah syarikat yang telah diasaskan oleh Faiza Bawumi Sayed Ahmad iaitu seorang usahawan wanita terkemuka di Malaysia.
Beliau mula berniaga dalam perniagaan peruncitan seawal 1968 lagi dan telah menubuhkan Syarikat Faiza pada tahun 1980.
Kemudian pada tahun 1992, Syarikat Faiza secara rasminya diperbadankan di bawah Syarikat Faiza Sdn Bhd (SFSB) dan menjadi antara pengedar beras yang utama di Malaysia. – MalaysiaGazette
TAK PERLU DI LAYAN KARENAH MEREKA..SEBENARNYA MEREKA TAHU BEKALAN PADI DUNIA MENGALAMI PENYUSUTAN,KENAIKAN HARGA JUGA SEKATAN PERBEKALAN.
TAPI MEREKA JENIS NAK MURAH SAMPAI MAMPUS,MAKAN. NAK MURAH,ENJOY PULA SEMAHAL MANA PON TETAP PERGI DAN BELANJA..
ENJOY SAKAN,TAPI NAK MAKAN MINTAK REGA TAHUN 80an.
SATU KESALAHAN KERAJAAN DARI DAHULU ADALAH BERI SUBSIDI,KERANA INILAH RAKYAT TAK ADA MANDIRI.IANYA LAHIRKAN GENERASI MELAYU MANJA.BETUL SEPERTI KATA ATOK MADEY,MELAYU HIDUP SENTIASA MAHU BERTONGKAT.
#HAPUSKANSUBSIDI
BERPULUH KEBAIKAN NEGARA BOLEH DA0AT MELALUI HAPUSNYA SUBSIDI BERBANDING 1 SAJA KEBAIKAN SUBSIDI UNTUK RAKYAT.
HANYA RAKYAT YANG BENAR SUSAH WAJAR DAPAT BANTUAN KERAJAAN,SEPERTI UJUDKAN KAD CATUAN (MACAM NEGARA INDIA),JADI,SUBSIDI ITU BENAR2 SAMPAI PADA YANG SEPATUTNYA..
HAPUS SUBSIDI AKAN. TURUT SAMA HAPUSKAN PENYELEWENGAN,KETIRISAN DAN PENYULUDUPAN..
PERCAYALAH,MEREKA YANG TAK SETUJU ADALAH MEREKA YANG SUKA AMBIL KESEMPATAN DALAM KESEMPITAN..
Jangan lupa minority bukan Melayu dapat 70% tongkat ekonomi daripada DEB/NEP aka Dasar Ekonomi Apartheid me.nganiaya majority Melayu dengan 30% ekonomi yang jelas bukan hak samarata.
Ramai yg ambik ilmu dari tiktok…yg buat konten tiktok pula ialah budak hingusan