Hassan Abdul Karim

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan diingatkan supaya jangan membakar jambatan dengan MUDA.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, MUDA bukan parti pembangkang yang bersifat destruktif yang membangkang hanya kerana mahu membangkang.

Tambah beliau Presiden MUDA yang juga Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahma, tidak keluar Dewan Rakyat ketika semua ahli Parlimen pembangkang bertindak memboikot persidangan pada Seasa lalu.

“Ketika ini, walaupun Muda berpindah ke blok pembangkang di Parlimen tetapi Muda tidak menyertai Perikataan Nasional (PN) yang merupakan blok pembangkang terbesar dengan 74 orang ahli Parlimen.

“Ini dapat dilihat pada hari Selasa 19 September lalu apabila ahli-ahli Parlimen PN keluar beramai-ramai meninggalkan Dewan Rakyat ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggulung ucapannya dalam perbahasan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12.

“Tetapi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq tetap berada di dalam Dewan Rakyat dan merupakan satu-satunya ahli Parlimen pembangkang yang kekal berada di dalam Dewan Rakyat dan menyertai perbahasan sehinggalah Usul tersebut diluluskan.

Beliau turut mengingatkan peranan penting yang dimainkan oleh Syed Saddiq apabila mempelopori usaha pindaan Perlembagaan pada tahun 2018 hingga 2019 di Parlimen berkaitan Undi 18 dan pendaftaran pengundi automatik.

Dua rang undang-undang itu berjaya diluluskan dengan sokonga majoriti dua pertiga di Parlimen.

Justeru katanya, Perdana Menteri, PH dan Kerajaan Madani tentunya tidak perlu diajar tentang bagaimana untuk menangani kontradiksi atau pertentangan.

“Muda bukannya parti pembangkang kini yang bersifat destruktif yang membangkang hanya kerana mahu membangkang. Kerana itu PH khususnya jangan membakar jambatan dengan MUDA.

“Kontradiksi antara PH dengan MUDA adalah kontradiksi yang bersifat air dicincang tidak akan putus atau carik-carik bulu ayam, lambat laun bercantum juga. Kontradiksi ini adalah kontradiksi non-antagonistik.

“Justeru itu, janganlah diulang lagi peristiwa di Temasik Singapura, dalam sejarah purba Singapura dilanggar Todak, di mana budak yang cerdik bernama Hang Nadim dibunuh oleh para pembesar istana yang bodoh dengan mencampakkan Hang Nadim yang cerdik itu ke laut dengan tangan serta kakinya dipasong oleh rantai besi,” katanya dalam kenyataan.

Hassan berkata, sokongan MUDA diperlukan dalam menggubal Rang Undang-Undang berkaitan menghidupkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen.

Kelulusan majoriti memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 148 ahli Parlimen dan peranan penting itu dimainkan oleh Syed Saddiq. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Sekejap menyokong sekejap menentang? Kes Zahid mamat ni menyebelahi siapa agaknya? Atau hanya gilakan publisiti dan jawatan?

    Tak salah natizen nak tahu?

    Aduh…

  2. Hang Nadim apa ke bendanya. Macam langit dengan bumi dua wataknya. Orang yang kurang ajar, biadap dan muka tak malu ni tak setsraf dengdn Hang Nadim. Hang Nadim ( Temasek di langgar todak) sywd Saddiq (musang berbulu ayam) hipokrit.

Comments are closed.