arrest warrant Sultanah Nur Zahirah the Editor of Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown
Clare Rewcastle-Brown

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini telah menetapkan 12 Disember ini bagi keputusan rayuan oleh Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Sultanah Nur Zahirah sedang merayu kes saman fitnah terhadapnya oleh pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan dua lagi individu.

Tiga panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail dan bersidang bersama-sama Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azhahari Kamal Ramli menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Sebelum ini, Sultanah Nur Zahirah memfailkan rayuan selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan samannya pada 31 Oktober tahun lepas.

Mahkamah memutuskan Clare dan dua lagi tidak memfitnah Sultanah Nur Zahirah dalam buku The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose.

Sultanah Nur Zahirah mendakwa Clare membuat pernyataan yang memalukan terhadap baginda dalam buku The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose.

Dalam kenyataan itu, Sultanah Nur Zahirah mendakwa kenyataan itu memberi gambaran baginda terlibat dalam amalan rasuah dan mencampuri pentadbiran Terengganu selain menggunakan statusnya untuk mempengaruhi penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA) yang kemudian menjadi 1MDB.

Sultanah Nur Zahirah mendakwa kenyataan tersebut memfitnah dan merosakkan reputasi baginda kerana baginda tidak pernah mencampuri pentadbiran negeri dan penubuhan TIA.

Baginda turut menuntut ganti rugi am RM100 juta daripada setiap defendan dan memohon perintah terhadap defendan kedua menarik balik buku itu yang mengandungi kenyataan yang didakwa fitnah.

Juga terhadap defendan ketiga supaya berhenti mencetak buku itu selepas ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.