Antara pihak berkuasa yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat Nafisah Bakar, 81 hari ini Gambar : APM Maran

KUANTAN – Seorang wanita warga emas, Nafisah Bakar, 81, dilaporkan hilang sejak Ahad lalu.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Maran, wanita itu disedari hilang apabila ahli keluarganya mendapati beliau tiada di kediamannya sejak pukul 3.30 petang.

“Pada awalnya, ahli keluarga mangsa meminta orang kampung untuk mencari di kawasan sekitar tetapi gagal dan terus membuat pemakluman kepada pihak polis dan APM,” katanya.

Laporan polis dibuat selepas 24 jam mangsa hilang dan operasi mencari dan menyelamat dimulakan pada pukul 8 pagi tadi.

Menurut APM, seramai 17 anggota dan pegawai polis, sembilan pegawai dan anggota bomba, 21 pegawai dan anggota APM termasuk seekor anjing pengesan, K9, digerakkan dalam operasi terbabit selain penglibatan kira-kira 20 orang penduduk kampung.

Jelasnya, operasi terbabit tertumpu kepada pencarian dalam radius 3 kilometer dari kawasan rumah mangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast