KUALA LUMPUR – Mungkin niat seorang guru membuat teguran berhubung satu topik dalam subjek Matematik ada baiknya kerana merasakan tidak wajar untuk murid Tahun 3 menjawab.
Namun, teguran itu mendapat kritikan keras netizen yang menyifatkan pemilik akaun Facebook bernama Cikgu Fadli Salleh sebagai guru tidak proaktif dan gagal mencambahkan fikiran murid.
Dalam teguran itu, Cikgu Fadli Salleh mempersoalkan kepentingan topik atau soalan berkaitan tukaran mata wang asing dalam subjek Matematik Tahun 3.
Menerusi gambar yang dikongsikan, murid diminta menukar Ringgit Malaysia dengan mata wang asing seperti mata wang negara Vietnam, Brunei, Singapura dan Myanmar.
“Sekolah merupakan pusat menimba ilmu untuk semua individu. Sebut sahaja mengenai sekolah, selain daripada guru, pasti daripada kita akan teringat senarai mata pelajaran yang diajar.
“Antara subjek paling mendapat perhatian adalah Matematik kerana ia merupakan subjek diminati segelintir individu, namun ada juga yang tidak menyukai subjek ini kerana kesukarannya.
“Seiring dengan peredaran zaman, kebanyakan silibus mata pelajaran masa kini dilihat banyak berubah antaranya subjek Matematik di peringkat sekolah rendah. Ini kerana tahap kesukaran dan silibus yang diajar lebih sukar berbanding zaman dahulu,” katanya.
Menurut Cikgu Fadli Salleh, melihat kepada soalan itu, bukan sahaja murid, pegawai bank pun tidak boleh jawab.
Katanya, sub topik berkaitan kadar mata wang yang bakal diajar dirasakan tidak bersesuaian dengan murid tahun tiga.
“Apa kepentingan topik ini untuk budak (murid) darjah 3? Tolong penggubal silibus ini senaraikan lima kelebihan budak sembilan tahun belajar topik ni.
“Ni kalau aku soal penggubal silibus berapa Kyat untuk RM1 pun pasti dia tak boleh jawab, melainkan dia google dahulu.
“Entah bila la silibus baru nak ganti ni. Melampau sangat silibus yang budak dok belajar la ni,” katanya.
Namun, melayari Facebooknya, banyak komen atau ulasan yang ditinggalkan netizen tidak bersetuju dengan teguran Cikgu Fadli Salleh sehingga ada yang menyatakan silibus itu okey sahaja dan lebih kepada pengetahuan am murid.
Netizen Avana Fatni Syukur berkata, perspektif beliau dengan Cikgu Fadli Salleh berbeza dan berharap guru dapat mendidik dengan lebih holistik demi ke arah kemajuan.
Reen Ezelda Ghazali pula berkata, soalan itu adalah peta bulatan, yang mana di luar bulatan itu ada dinyatakan sumber jawapan yang boleh didapati.
“Jadi, murid boleh cari jawapan sama ada (menerusi) guru, surat khabar, televisyen, buku teks atau internet. Cikgu sendiri dalam kelas boleh google dan tak salah pun cikgu bawa anak murid akses internet dalam makmal sekolah atau ke pusat sumber untuk cari jawapan,” katanya.
Beliau turut menawarkan diri untuk membantu Cikgu Fadli Salleh cara mengajar yang berkesan dan tidak fikir hal negatif sahaja.
Seorang ibu, Mariam Najib memberitahu, kadang-kadang buku latihan yang anaknya bawa balik dan minta ibu bapa ajar tidak difahaminya.
“Macam mana caranya? Kadang-kadang buku latihan anak bawa balik suruh mak ayah tolong ajar. Bukan semua mak ayah ada keupayaan ajar untuk fahamkan anak. Sudah tentu nak tahu nilai mata wang boleh google saja, tapi nak fahamkan anak darjah tiga tu macam mana? Mohon tunjuk ajar,” katanya.
Netizen Akhmar Ismail turut memberi pandangan peribadinya bahawa soalan itu memang mencabar untuk murid tahun tiga, tetapi beliau tidak menolak logiknya soalan sedemikian kerana yakin murid sekarang sangat cepat dan luas pemikiran pengetahuan mereka.
Cuma, katanya, daripada segi lakaran bulatan mata wang negara berkenaan, sebaiknya diletakkan juga gambar mata wang sebenar seperti RM1 supaya sekurang-kurangnya murid yang kurang intelek dapat menguasai ilmu tahu gambaran panggilan mata wang asing. – MalaysiaGazette
Zaman sekarang di mana ramai penghujat yang mengkritik semua perkara,Cikgu tak perlu ambil pusing tentang itu,sebab semua mereka hanya menggunakan akal dan otak di hujung jari..Abaikan saja.
Setuju..mereka pun terkebil-kebil nak ajar silibus yg semakin mengarut skrg…sokong Cgu Fadli, dia lebih ahli dan dia sendiri yg di lapangan.
betul tuan. Netizen cakap saja..mereka sendiri abaikan anak asyik main handphone
UJIAN MID SEM KAFA BARU BARU NI PLK MINTA MURID BERI DALIL NAQLI & AQLI BG SIFAT ALLAH
MURID SKLH MENENGAH PUN TERKIAL KIAL UTK JWB
BAPAK MURID PUN KENA GOOGLE BARU BOLEH JWB
Murid Tahun 3 disuruh berfikir macam pelajar tingkatan 2 memang mengarut..Cikgu yang faham tentang keperluan pempelajaran murud tahap 1 atau 2 memang mahu murid2 memahami kaedah-kaedah yang mudah dan menarik minat murid-murid untuk terus belajar..Netizen/ibubapa yang tidak pernah memahami satu salibus/kaedah dalam subjek mungkin anggap ia satu yang mudah terutama zaman IT dengan sistem pencarian di Goggle.Bagi mereka yang tiada pencapaian IT mungkin hadapi masalah.
Yg komen cikgu salleh tu dilihat lebih kpd emosi suka menyalahkan pandangan orang,. Mereka ini ada satu sifat suka komen mereka di like konon mereka berada pada tahap pemikiran yg berbeza dgn orang lain, berada d tahap tinggi, tapi sebenarnya tidak membawa apa2 jebaikan, hanya sekadar suka dan seronok dapat membidas pendapat orang, satu cabang penyakit jiwa.
kesukaran soalan seperti ini sebenarnya meruntuhkan minat murid untuk. belajar subjek mate. dan memang tak releven murid berusia 9 thn nk memahamkan tentang bandingan nilaian ringgit dgn mata wang dunia yg lain. kalau umur dah 12 tahun munasabah le sikit. Nk kira brp 50 rm bersamaan berapa rm duit 1 dan rm 5 pun ramai yg keruk kepala. kena ingat selibus ni bkn untuk murid bandar aje tapi nun di pedalaman pun belajar perkara yg sama yg susah nk ekses internet. camana tu kalau nk suh murid goggle dlm internet.
Silibus tetap silibus tapi kontennya perlu lihat tahap pencapaian murid juga, klau di bandar mungkin tahap pemikiran murid baik tapi klau di luar bandar? Ada baiknya bermula pada aras rendah kepada aras yang lebih tinggi.
yg asyik mengkritik silibus ni duduk bawah te purung kot..dunia memerlukan anak-anak yg semakin pintar dan bersaing..kecerdasan anak2 boleh dipertingkat dengan peluasan pengetahuan dan info..dr dulu dok perati cgu ni komen dan kondem…cukup2lah jadi orang pesimis tu cgu..buka minda sikit..
Cikgu Fadli…..
Natizen atau ibubapa yang mengkritik rata-ratanya drp kalangan generasi muda atau dalam lingkungan 30-an yg kebanyakannya hidup dgn mengikut trend bukan hidup dgn ilmu manusiawi. Kebanyakan yg mengkritik kerjaya perguruan ini terdiri drp mrk yg belum diuji dgn erti kehidupan sebenar….malah ramai kalangan golongan ini menganggap kerjaya sprt seorg guru adalah kerjaya bukan profesional. ( padahal mrk hidup pun dgn sokongan dan bantuan byk pihak lain ) lalu suka mengkritik dan memperbetulkan sesuatu atas isu-isu bukan bidang ilmu mrk, konon lebih tahu krn penguasaan teknologi dan alasan kemajuan(?).
Saya menyokong pandangan Cikgu Fadli dlm hal ini…krn jika tahu nilai matawang tetapi masih ramai pelajar Tahun 3 tidak tahu membaca dalam tulisan Rumi, Jawi, iqra’ dan Muqaddam apa gunanya mengaku berilmu? Zaman ini ramai yang cuba meng-koreksi guru yang lebih tahu metod pedagogi dan tahap kecerdasan pelajar tetapi gagal mengajar dan mendidik anak sendiri dan hantar pula ke sekolah ?
** Tahu apa itu Muqaddam atau perlu bertanya kpd SIRI atau google utk tahu apakah ia ?
Ibubapa sebegitu yg membudayakan telefon pintar di tangan anak sejak masih bayi pada waktu makan contohnya supaya tidak mengganggu bukanlah bermaksud mrk itu lebih bijak bila ada ilmu teknologi. Malah mrk sebenarnya lebih dungu dgn “menyekolahkan” Cikgu? Cuba tanya sifir 1 hingga sifir 12 kepada anak-anak mereka di Tahun 3 itu, adakah anak-anak mampu menjawab dgn baik? Jika ada pun, amatlah sedikit jumlah pelajar yang mampu menghafal atau tiada ilmu sifir yang dimaksudkan. Itu baru soalan asas Matematik yang ditanya.
Itu belum lagi kalau ditanya pula soalan ilmu Solat dan bacaan Rukunnya…bagaimana agaknya jawapan dari pelajar Tahun 3 padahal ia asas yg wajib diajar oleh ibubapa beragama Islam yang WAJIB bersembahyang?
Pelajar sekolah rendah di Msia ini 6 tahun lamanya dan bukan 2 atau 3 tahun sahaja. Maka, wajar utk Tahun 1-3 dididik dgn ilmu-ilmu asas hidup dahulu. Kalau maklumat tukaran matawang sebegitu, ibubapa pun boleh berperanan memberi tambah nilai dan tidak sampai perlu menjadi silibus di dalam buku teks !. Utk pengetahuan tambahan, asas kpd kemajuan individu, negeri dan negara itu ialah berasal drp mampu membaca, menulis dan mengira dahulu oleh pelajar itu sendiri dan bukannya dgn bantuan drp internet dan teknologi. Berapa ramai pelajar di Tahun 1-3 yg masih gagal dalam tiga asas ilmu di atas tetapi sebegitu “hebat dan terkehadapan” dlm menggunakan telefon pintar.
Bukan bermakna usaha KBAT itu tidak betul, tetapi apa yang perlu diajar untuk tahap berfikir aras tinggi itu yang amat perlu dikaji semula.
Utk Tahun 1-3 ini, kembangkan 3 asas di atas dgn menepati kehendak KBAT dgn pelajar mampu membaca dgn baik dan difahami dalam B.Melayu, B.Inggeris dan Jawi atau bahasa ibunda etnik masing-masing ditambah asas B.Arab. Ajar kaedah menulis perkataan yg betul tepat yg boleh dibaca dan difahami oleh guru dan ibubapa mereka sendiri dalam 3-4 bahasa di atas serta diajari ilmu mengira itu pada tambah, tolak, kali dan bahagi serta hafalan rumus dan formula asas matematik bukannya ilmu Pengajian Am.
Apabila segala ilmu asas ini telah benar-benar berjaya dikuasai, baharulah ilmu-ilmu tambahan diajari pula mulai Tahun 4-6 yang dinilai kecemerlangan dgn peperiksaan umum negara di Tahun 6.
Asas hidup ialah ilmu kemanusiaan dan ilmu faham ber-agama dan bukannya menjerit melalak bersuara nyaring di kedai makan apabila telefon pintar diambil dari tangan hingga mengganggu orang lain yang sedang makan sedang si ibubapa sibuk pula “menganjing” fb, instagram, WA atau Telegram di med-sosial.
Sekian
HAMBA ALLAH
tu yg komen tak setuju ko highlight… yg komen setuju dengan kenyataan cikgu pulak berapa ramai?
Melihat pada soalan matematik tentang tukaran matawang ringgit dengan matawang negara2 asing, kita rasa ada yang tak kena dengan penggubal silibus bagi Tahun 3 sekolah rendah. Pertama nilai sentiasa berubah bagi semua matawang mengikut pasaran dunia. Kedua, diperingkat tahun3, sukatan pelajaran matematik patut mendidik murid2 mengemari subjek tersebut melalui contoh konkrit dan mudah. Rata2 guru sekolah rendah tahu tahap pemahaman murid di peringkat. Anggapan bahawa murid2 sekarang sudah sangat intelligent atau genius adalah omong kosong. Lihat saja jurujual/ juruwang di kedai2. jika kita rampas kalkulator mereka akan kebingungan untuk mengira 2×4.
akiu rasa manzaidi mohd amin ni sebenarnya cemburu kot dengan cikgu fadhli. tang celah mana yg cikgu fadhli tu kena sekolahkan tu?kalau ada pun maybe xsmpai 5% yg xsetuju. jadi cikgu dulu br tau kebenaran ayat cikgu fadhli. aku sendiri pernah ajar math tahun 3 dan aku akui mmg perlu byk perubahan. lain kali manzaidi ni xyah la nk cari glamer sgn menumpang populariti cikgu fadhli
Tajuk pertukaran mata wang asing berbanding RM1 bkn tak boleh diajar di sekolah tp saya sokong kenyataan Cikgu Fadli Salleh bhw ia tidak sesuai kpd murid thn 3 shj, mungkin sesuai kpd murid 5 & 6. Murid thn 3 perlu mengenali mata wang Malaysia dlm btk wang kertas & syiling serta berbandingannya. Contoh, berapa keping syiling 10 sen, 20 sen & 50 sen perlu kita gunakan utk menjadikan jumlah RM1 @ RM5 @ RM10 dan byk lagi. Brp helai wang kertas RM1 utk menjadikan jumlah RM10 @ RM50 & sbgnya.
Tajuk pertukaran mata wang asing berbanding RM1 bkn tak boleh diajar di sekolah tp saya sokong kenyataan Cikgu Fadli Salleh bhw ia tidak sesuai kpd murid thn 3 shj, mungkin sesuai kpd murid thn 5 & 6. Murid thn 3 perlu mengenali mata wang Malaysia dlm btk wang kertas & syiling serta berbandingannya. Contoh, berapa keping syiling 10 sen, 20 sen & 50 sen perlu kita gunakan utk menjadikan jumlah RM1 @ RM5 @ RM10 dan byk lagi. Brp helai wang kertas RM1 utk menjadikan jumlah RM10 @ RM50 & sbgnya.
Alhamdulillah ya Allah, mekasih cikgu… Berbakti pada anak2, murid2, all… Alhamdulillah, ilmu yang bermanfaat, Istiqamah, berkat doa cikgu, ilmu, amal alhamdulillah… Amin ya rabbal”alamin. .
Guru yg mendidik lebih tau, ibu bapa hantar anak2 utk diajar guru bukannya mengajar, beza besar kat sini. So guru sentiasa memikirkan yg terbaik utk anak2.. silibus mkin tinggi, yg asas pn jenuh nk kuasai, ibu bapa yg pandai bercakap tu pn kat umah belum tentu buka buku ajar anak2, sembang kritik guru.. hakikatnya silibus terlalu tinggi.. xpaham jugak xtau lah mak pak oiii..
sokong 100% -tn. zahir n natiznS..hope sir fadli S x amik ati. nti paru ..limpa ksunyian.,maaf.INI GURAU SEMATA2
Kalau sekadar untuk meningkatkan pengetahuan murid boleh saja. Beri masa murid Google dan tulis jawapan. Tapi kalau dibuat soalan peperiksaan, memang tak lojik langsung. Cuma pengetahuan begini perlu diteruskan setiap tahun ( Tahun 4, 5, 6 @ sekolah menengah) berseuaian dengan peningkatan atau penurunan mata wang.
….untuk pengetahuan; masih banyak sekolah di Sabah yang tidak mendapat akses internet.
Cikgu semuanya dia sahaja betul. Baik yang membangkang dan mempertahankan. Apa jadah tah nilai mata wang dgn budak 9 tahun? Baik tanya budak2 tu berapa ringgit boleh dapat jika sehari simpan seringgit dalam masa setahun.