Ahmad Zahid Hamidi.

BENTONG – Sebuah bank komersial akan dibina di Pelangai dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, penduduk telah mengemukan rayuan permohonan bank kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang kemudian memaklumkan kepada beliau.

“Kita akan uruskan sebuah cawangan komersial atau pun sebuah bank yang dapat membantu penduduk Pelangai melakukan transaksi kewangan bukan hanya setakat hanya mesin pengeluaran wang automatik (ATM)yang ada,”  katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Kerjaya MyFuture Jobs bersama Hawa Malaysia di Felda Chemomoi, di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan terdapat keperluan mendesak terhadap pembangunan dan perkhidmatan seperti bank, stesen minyak serta pasar raya di Pelangai.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast