KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga Pengarang Berita Kanan Berita Harian (BH) Salina Abdullah, yang meninggal dunia hari ini.
Fahmi dalam hantaran di Facebook beliau hari ini, mendoakan keluarga Allahyarham tabah dengan ujian itu.
Menurut laporan Berita Harian, Allahyarham meninggal dunia pada 8.20 pagi tadi di rumahnya di Subang Jaya, Selangor.
Salina, 53, meninggal dunia selepas beberapa tahun menderita akibat penyakit kanser servik pangkal rahim, serta akibat jangkitan selepas pembedahan.
— BERNAMA