Logo bernas
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Fong Hin berkata, kerajaan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk mengubah polisi mengenai pengimportan beras dan  Padiberas Nasional Berhad (Bernas) masih merupakan pengimport tunggal.

Beliau berkata, tidak mudah untuk menamatkan monopoli Bernas kerana kontraknya baru sahaja diperbaharui oleh pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Januari 2021 dan hanya akan tamat tempoh pada 2031.

“Jika membuka pengimportan beras, maka kami mungkin akan melanggar kontrak,” katanya ketika menerima wawancara Sinchew Daily.

Beliau berkata, DAP dan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub menentang monopoli, tetapi penamatan monopoli Bernas tidak mudah.

“Apabila pentadbiran Muhyiddin menandatangani kontrak dengan Bernas, program tanggungjawab sosial syarikat itu telah ditambah daripada lima kepada 10.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas membentuk kerajaan menambah dua lagi program walaupun ini tidak ditulis dalam kontrak.

“Kerajaan mahu memberi pulangan lebih banyak kepada petani dan juga menambah syarat 30 peratus hasil keuntungan melalui beras import disalurkan kepada kerajaan,” katanya.

Menurut Fong Hin, terdapat satu jawatankuasa dalam kementeriannya yang menilai prestasi Bernas dan kontrak hanya boleh ditamatkan jika mereka gagal mencapai prestasi yang ditetapkan.

“Sekarang Bernas mempunyai prestasi yang sederhana. Bernas bukannya berprestasi teruk,  walaupun ada bahagian tertentu yang kurang memuaskan.

“Justeru adalah tidak munasabah untuk menamatkan kontrak dengan Bernas pada masa ini,” katanya.

Menurutnya lagi,  negara lain juga membenarkan monopoli atau mengawal import.

“Pemberian lesen tunggal kadangkala bukan punca masalah, tetapi ia mungkin mengundang kecurigaan nepotisme jika satu urusan kerajaan ditukarkan sepenuhnya kepada swasta.

“Bernas hanya wujud pada 1994 selepas Lembaga Padi dan Beras Negara ditukarkan kepada syarikat. Penswastaan pada 1994 menyebabkan orang mengaitkan Bernas dengan nepotisme,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

7 Komen

  1. Kepada rakyat Malaysia, bukan semua monopoli itu buruk. Lihat sahaja isu telur, ayam, gula dan minyak masak. Sama juga isu pengedaran beras tempatan. KESEMUA BEKALAN INI BUKAN DIKAWAL OLEH MONOPOLI SYARIKAT TETAPI ISU BEKALAN TERUS MENERUS BERLAKU.
    BERNAS monopoli beras import tapi mereka berusaha membekalkan beras import tanpa GAGAL. Cuba bayangkan jika beras import ini pecah monopoli dan dikuasai pula oleh syarikat2 proksi kartel, silap-silap beras tempatan disorok, beras import pula tak dibawa masuk, lagi parah. Tuan puan rakyat Malaysia, kartel2 ini tamak yang amat sangat. Hanya syarikat Bumiputera sahaja yang mampu berlaku adil kerana kita ada agama yang menetapkan had had dalam muamalat.
    Jangan lah kita terpengaruh dengan proksi menteri dr parti yang ditunjangi kartel.

    • klu bg bebas , puak2 taiko cina akn ambil..klu cina ambil lagi masalh besar kpd negara..biarkan bernas yg pegang,,tgok brng2 yg puak2 taiko cina pegang, smua bermasalh, nak utung lbh dan sorok barang sesuka hqti.

      • Betul tuan. Tp masih ramai pemimpin yg tak faham situasi dan sekadar ikut ikut bertempik bersorak..akhirnya kampung sendiri yg tergadai. Proksi kartel dr parti DAP dan MCA banyak berselindung atas alasan monopoli tak bagus, walhal nk conquer peluang trrsebut.

  2. kartel cina dah memonopoli pengeluaran beras tempatan hampir 100 peratus. Sekarang nak kuasai pula beras import. Biarlah Bernas yg monopoli beras import, tu pun 30 peratus sahaja.

  3. kartel cina dah memonopoli pengeluaran beras tempatan hampir 100 peratus. Sekarang nak kuasai pula beras import. Biarlah Bernas yg monopoli beras import, tu pun 30 peratus sahaja.

  4. Monopoli ini dikuasai oleh kroni Muhyidin dan Mahathir..mula2 DS Shahidan kuasai Bernas..lepas tu jual kpd TS Mokhtar Bukhari…lepas tu Muhyidin lanjutkan lagi kontrak Bernas sampai tahun 2031..musibat sekor2 ni kayakan kroni..lepas tu sibuk melalak perjuangan Melayu konon..mcm bangang..sape laaa yg mengundi Shahidan Kasim ni mmg bebal

  5. Huhu.. rupanya ada lagi spesis taksub politik sampai kondem bangsa sendiri. Tergadai kampung takpe janji menang sorak eh.

Comments are closed.