Gambar hiasan

JAKARTA – Aplikasi media sosial TikTok menggantung perkhidmatan beli-belah dalam taliannya di Indonesia untuk mematuhi peraturan baharu dalam ekonomi negara ini.

Ia bermula jam 5 petang waktu Indonesia hari ini.

Kerajaan Indonesia berkata, peraturan itu bertujuan untuk melindungi peruncit fizikal dan dalam talian tempatan.

Indonesia ialah negara pertama yang merintis perkhidmatan e-dagang aplikasi pada tahun 2021 dan menjadi salah satu pasaran terbesar untuk TikTok Shop.

Minggu lalu, Indonesia mengumumkan peraturan yang akan memaksa TikTok memisahkan ciri beli-belahnya daripada perkhidmatan perkongsian video popular di negara itu.

Mengumumkan langkah itu, Menteri Perdagangan Indonesia Zulkifli Hasan berkata: “Kini, e-dagang tidak boleh menjadi media sosial. Ia perlu dipisahkan.”

Beliau juga memberitahu, platform media sosial mempunyai masa seminggu untuk mematuhi peraturan baharu atau berisiko kehilangan lesen untuk beroperasi di negara ini.

Pengumuman itu dibuat selepas Presiden Indonesia Joko Widodo bulan lalu berkata: “Kita perlu berhati-hati dengan e-dagang. Ia boleh menjadi sangat baik jika ada peraturan tetapi boleh menjadi buruk jika tiada sebarang peraturan.”

“Keutamaan kami adalah untuk terus mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan.

“Oleh itu, kami tidak lagi akan kemudahan transaksi e-dagang di TikTok Shop Indonesia,” kata TikTok dalam kenyataannya.

Peruncitan dalam talian di Indonesia telah melonjak dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Nilai jualan e-dagang akan meningkat lebih enam kali ganda antara 2018 dan tahun depan untuk mencecah 689 trilion rupiah Indonesia (AS$44 bilion) menurut bank pusat negara ini.

TikTok Shop telah mengembangkan bahagian pasarannya sejak dilancarkan dua tahun lalu ke dalam pasaran beli-belah dalam talian Indonesia, yang didominasi oleh platform seperti Tokopedia, Shopee dan Lazada. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast