BENTONG – Bank Simpanan Nasional (BSN) diminta mengkaji mewujudkan bank mini di Pelangai bagi memenuhi keperluan penduduk di kawasan tersebut.
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, walaupun transaksi boleh dilakukan secara dalam talian, perkhidmatan bank fizikal masih lagi diperlukan.
“Di sini ada tiga kawasan rancangan Felda dan mereka mempunyai keupayaan untuk menyimpan, mereka ada keupayaan untuk meminjam.
“Saya meminta agar BSN menyegerakan pasukan untuk membuat kajian pelaksanaan dan saya juga menyokong diadakan mini cawangan BSN di Pelangai,” katanya di Kampung Bukit Gajah, di sini, semalam.
Menurut Ahmad, pihaknya telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BSN, Jay Khairil Jeremy, mengenai cadangan tersebut. – MalaysiaGazette
ya betul ke ni