BENTONG – Kemeriahan suasana terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di sini diwarnai ribuan konvoi motosikal.
Penyokong Barisan Nasional (BN) mahu pun Perikatan Nasional (PN) tidak melepaskan peluang menaiki motosikal dan berkonvoi sehingga jalan sesak di laluan utama.
Kesesakan lebih dari sejam itu bertambah gamat dengan bunyi hon tidak berhenti meskipun dalam hujan lebat.
Penyokong BN memberi signal nombor tiga disusuli bunyi gendang dari kenderaan pikap manakala penyokong PN menunjukkan logo nombor satu.
Bagaimanapun suasana meriah dengan kehadiran penyokong dilaporkan terkawal tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
Dianggarkan hampir 2,000 kenderaan motosikal dan kereta menyertai konvoi pada petang tadi.
Esok, 16,383 pengundi di Pelangai Akan melaksanakan tanggungjawab bagi memilih wakil rakyat baharu DUN Pelangai setelah penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Johari Harun meninggal dunia. – MalaysiaGazette