Tuesday, October 22, 2024
Home Sukan Sukan Asia: Hoki sekadar tempat keenam

Sukan Asia: Hoki sekadar tempat keenam

Foto Facebook Hokita.

KUALA LUMPUR – Skuad hoki lelaki kebangsaan terus berduka apabila mengakhiri saingan Sukan Asia Hangzhou 2022 di kedudukan keenam selepas tewas kepada Pakistan 2-5 dalam perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam hari ini.

Prestasi di Sukan Asia kali ini mungkin antara yang terburuk skuad hoki negara apabila sebelum ini tewas kepada Korea Selatan dan China dalam aksi kumpulan sehingga gagal mara ke separuh akhir.

Ia sekali gus menyaksikan Speedy Tigers gagal menepati sasaran untuk meraih emas dan layak secara merit ke Sukan Olimpik 2024.

Ia juga menyaksikan anak buah Arul Selvaraj gagal menamatkan penantian berada di  kedudukan podium pada Sukan Asia yang belum pernah dicapai negara sejak membuat penampilan pertama pada edisi 1958 di Tokyo. – MalaysiaGazette