KUALA LUMPUR – Lelaki berusia 40 tahun cedera di bahagian kepala apabila kereta yang dipandunya terbabas ke dalam longkang di Lebuhraya Kajang SILK.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Selangor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, kejadian berlaku pada 6.27 pagi tadi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis perodua kelisa (WKX 9918) telah terbabas ke dalam longkang,” katanya menerusi kenyataan.

Walau bagaimanapun dilaporkan lelaki berkenaan berjaya keluar daripada kenderaannya yang terbabas sebelum pihak bomba sampai ke lokasi.- MalaysiaGazette