Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bukit Rambai di Melaka kekal mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini dengan bacaan 155.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, kawasan yang merekodkan IPU tidak sihat pagi ini ialah Larkin, Johor, namun bacaan IPU kawasan tersebut menurun dari 112 ke 100 pada 12 tengah hari.

Sejumlah 53 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100) manakala 14 kawasan mencatat IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast