Keadaan kereta yang trlibat dalam nahas lebuh raya sebelum terbakar menyebabkan pemandunya rentung di dalam kejadian pada petang tadi. Ihsan IPD Kajang

KAJANG – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya jatuh ke dalam cerun lalu terbakar di Kilometer 290.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Kajang, hari ini.

Ketua Polis Daearah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, siasatan mendapati pemandu kereta Mitsubishi Lancer yang datang dari arah Seremban disyaki hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang motosikal Honda RS150.

“Akibat perlanggaran dengan motosikal itu, kereta berkenaan telah terbabas melanggar pembahagi kiri jalan lebuhraya itu lalu terjatuh ke dalam cerun bukit sebelum terbakar manakala pemandunya dikenalpasti sebagai lelaki warga tempatan rentung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Zaid, pegawai perubatan Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi nahas mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian itu.

Tambah beliau, penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan dan dibawa ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan.

“Pada masa yang sama, polis berjaya mengesan waris pemandu yang rentung itu dan proses bedah siasat akan dijalankan di Bahagian Forensik Hospital Serdang pada Jumaat ini (esok) untuk menentukan punca kematiannya,” ujarnya.

Mohd Zaid berkata, pihaknya siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk mengenalpasti punca kejadian itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut boleh menyalurkannya dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Somasureshan Munusamy di talian 016-4915193 atau menghubungi balai polis berhampiran. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast