Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR – Pengendali Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik diberi tempoh dua tahun untuk melaksanakan Garis Panduan Perancangan Petak (GPP EVCB) seperti yang telah ditetapkan.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, sehingga kini sebanyak 1,246 pengecasan kenderaan elektrik yang disediakan pengendali persendirian.

Katanya, hanya Perlis sahaja setakat ini tidak tidak mempunyai pengecasan tersebut.

“Kesemua pengecasan ini walaubagaimanapun disediakan sebelum GPP EVCB diwujudkan. Jadi tidak perlu kelam kabut pengendali diberi tempoh untuk pemutihan,” katanya ketika sidang media di Parlimen, hari ini.

Menurut beliau, penetapan GPP EVCB disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).

Ia dipersetujui dalam Mesyuarat Perancang Fizikal Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 September yang lalu.

Mengulasn lanjut Nga berkata, garis panduan berkenaan merangkumi aspek perancangan dan reka bentuk bagi penyediaan EVCB mengikut jenis peranti pengecasan.

“Jenis pengecasan adalah arus ganti (alternating current-AC) atau jenis arus terus (direct currect- DC) yang mematuhi ketetapan Guide on Electric Vehicle Charging System (EVCS) 2021 oleh Suruhanjaya Tenaga (ST),” katanya lagi.

Menurut beliau, GPP terpakai untuk pembangunan pengecasan kenderaan elektrik sedia ada dan baru.

“Aspek perancangan dan reka bentuk meliputi lokasi dan perletakannya, bilangan keperluan, saiz dan suiz pengasingan elektrik utama,” tambah beliau.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast