KUANTAN – Hati suami mana tidak luluh melihat sekujur tubuh isteri di atas para bilik mandi jenazah namun gigih untuk mengajar anak-anaknya memandikan jenazah ibu kandung mereka.
Raut wajah ketenangan Muhammad Farhan Mat Salleh, 38, memimpin anak gadisnya dan memeluk anaknya Dhia Faiqa, 11, bagi memberikan semangat kepada anak-anaknya untuk berbakti kepada ibu mereka buat kali terakhir.
Berbisik lembut kepada anak perempuanya supaya cekal hati mengharungi kehidupan sebagai seorang kakak dan mengenang segala kasih sayang yang dicurahkan oleh arwah ibunya.
Farhan redha atas pemergian isterinya Nur Izah Hamid, 37 akibat kanser paru-paru yang dihidapinya sejak tahun 2019 yang meninggal dunia pada 3 petang semalam.
“Berilah perkhidmatan terakhir kepada ummi sebagai anak. Syurga Dhia ada pada ummi (Izah).
“Kucuplah kaki ummi, mohon diampunkan dosa-dosa,” katanya kepada anaknya.
Sejurus itu beliau meminta izin daripada jurumandi jenazah untuk membawa anak lelakinya, Mohd Najmi Mohd Farhan berusia 4 tahun untuk melihat proses memandikan jenazah isterinya.
Seakan mengerti ibunya sudah tiada, Mohd Najmi didukung ayahnya membasuh kaki ibunya ketika sesi mandi jenazah dilakukan.
Lebih memilukan Farhan mengajar anak-anaknya berdoa ketika mengangkat wuduk untuk isterinya buat kali terakhir.
“Ya Allah, kau ampunkn dosa-dosa iateriku, kau hitungkan kebaikan setiap tangannya.
”Ya Allah kau serikan wajah isteriku sehingga di Padang Mahsyar kelak.
”Ya Allah kau peliharalah kaki isteriku, janganlah ia tergelincir dari titian siratmu,” doanya penuh sebak mengundang rasa pilu.
Selesai memandikan, Mohd Farhan mengimamkan solat jenazah isterinya dengan bacaan doa mendayu sehingga jemaah menitiskan air mata melihat kekuatan dan kasih sayang seorang suami kepada arwah.
Selepas pengkebumian Izah selesai waktu Isyak, Farhan menggalas tanggungjawab membaca talkin dan menyirami pusara isterinya.
Lebih 300 orang ramai termasuk ahlu Persatuan Ziarah Sahabat Kanser Pantai Timur terdiri sanak saudara dan sahabat handai hadiri memberikan menghormatan terakhir kepada allahyarham Izah di Tanah Perkuburan Islam Pandan di Kuantan malam tadi.
Farhan telah menjalankan tanggungjawab menjaga arwah isterinya yang menghidap kanser paru-paru tahap empat sejak lima tahun lalu di Perumahan Pandan Sejahtera 3, di Kuantan.
Menurutnya, sakit belakang dihidapi isterinya selama hampir setahun pada tahun 2019 rupa-rupanya kanser paru-paru yang dihidapinya.
Beliau mula mengambil alih tugas mengurus dua anak yang masih kecil sejak arwah isterinya terlantar dan tidak dapat bergerak normal seperti dahulu.
Pengorbanan Farhan sehingga beliau menggunakan cuti tanpa gaji bagi memastikan isterinya terjaga hingga hujung hayatnya.
Benarlah suami mithali itu menjaga isterinya dari akad sampai ke liang lahad. – MalaysiaGazette
kasih yg membawa ke surga itulh payah nk di dapati di dunia ini, suami yg redo dn mendoakan isterinya serta membimbing anak2 walau di hujung hidup ibunye (isteri) sebelum pengkebumian sang isteri…
Al-Fatehah…semoga syurga buat Allahyarhamah…
Ya Allah terharu baca kisah ini. Bertuahnya Arwahdapat suami soleh. Syurgalah buat mu
Al Fatihah buat arwah isteri Farhan. Semoga diberi kesabaran dan kekuatan menghadapi dugaan ini.
Innalillahi Wainna Ilaihi Roji’uun. Allahummaghfirlaha Warhamha Wa’afihi Wa’fu’anha. Semoga roh allahyarhamahr diBerkati dan diAmpuni Allah Subhanahu Wata’ala. Aamiin.