Seorang kanak-kanak memungut buku-buku dari bangunan yang musnah dibedil Israel. Foto Quds News Network

BAITULMAQDIS – Bekalan elektrik, air dan bahan api tidak akan disalurkan Gaza sehingga penduduk Israel yang menjadi tebusan di Semenanjung Gaza dipulangkan.

“Bantuan kemanusiaan kepada Gaza? Tiada suis elektrik akan dihidupkan, tiada pili air akan dibuka dan tiada lori bahan api akan memasuki Gaza sehingga mangsa culik Israel dikembalikan,” kata Menteri Tenaga Israel, Israel Katz dalam satu kenyataan, sambil menambah “Tiada siapa yang akan berdakwah tentang moral kepada kami.”

Dalam ketegangan di Timur Tengah, tentera Israel telah melancarkan kempen ketenteraan yang berterusan terhadap Semenanjung Gaza selepas Hamas melakukan serangan mengejut.

Konflik bermula apabila Hamas memulakan Operasi Banjir Al-Aqsa terhadap Israel, serangan mengejut pelbagai serampang termasuk serangan roket bertubi-tubi dan penyusupke Israel melalui darat, laut, dan udara, yang dikatakan Hamas sebagai membalas dendam terhadap penyerbuan Al -Masjid Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki dan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin.

Sebagai tindak balas terhadap Hamas, tentera Israel melancarkan Operasi Pedang Besi terhadap sasaran Hamas di Semenanjung Gaza.

Tindak balas Israel telah diperluaskan kepada pemotongan bekalan air dan elektrik ke Gaza, memburukkan lagi keadaan di kawasan yang telah bergolak di bawah kepungan sejak 2007. – Agensi