KUALA LUMPUR – Penggunaan rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil antara Malaysia dan India malam tadi mendapat perhatian Ketua Kurulatih kedua-dua pasukan.
Pengendali India, Igor Stimac mendakwa padang teruk menjejaskan rentak permainan yang mnyukarkan pergerakan pemain Blue Tigers pada kejohanan Pstabola Merdeka.
“Ia jelas sekali keadaan padang sangat teruk yang mana menyukarkan segala pergerakan pemain. Apa-apa pun tahniah Malaysia,” katanya. yang ditemui selepas perlawanan.
Pada perlawanan itu, India tewas 2-4.
Katanya, berikutan keadaan padang yang tidak baik menyebabkan pemainnya risau akan mengalami kecederaan.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Haminau Malaya, Kim Pan Gon berkata, rumput baharu itu memerlukan masa untuk mendapatkan permukaan padangan yang lebih baik.
“Kita kena faham bahawa ia padang baharu dan akan mengambil sedikit masa untuk menjadi lebih baik .
“Saya melihat usaha ini (SNBJ) menunjukkan kita baru mencapai padang bola sepak yang menepati kualiti piawaian standard antarabangsa.
Menurutnya, padang ini boleh jadi padang terbaik di Asia Tenggara yang akan menjadi piilihan suatu hari nanti. – MalaysiaGazette – MalaysiaGazette