Taman Rekreasi Mangrove Point merupakan kawasan tarikan eko pelancongan dengan kepelbagaian jenis pokok bakau serta cadangan masa depan untuk membina menara burung ketika di Pelabuhan Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 13 JUN 2023.

KUALA LUMPUR – Industri pelancongan Malaysia meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar dapat menimbang pengecualian pembayaran cukai pelancongan oleh semua agensi pelancongan dan pengiat industri pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia.

Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA) berkata, ia kerana kebanyakan agensi pelancongan telah gulung tikar semasa dan selepas Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif, MiTDA berkata, sehingga kini pun masih ada agensi -pelancongan yang menghadapi masalah kewangan.

“Oleh itu semua peserta industri pelancongan meminta pertimbangan jasa baik perdana menteri tidak nengenakan cukai pelancongan selama lima tahun.

“Justifikasi MiTDA ialah negara akan mendapat pulangan dari ketibaan pelancongan menjelang tahun 2026 sebanyak RM130.5 bilion,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebagai contoh, semua agensi pelancongan serta hospitaliti menyasarkan kemasukan pelancong seramai 30 juta pengembara/pelancong sebelum 2026 seramai 30 juta dan setiap pelancong dijangka berbelanja RM5,000. Ia bermakna sektor pelancongan akan menjana RM130.5 billion.

“Bayangkan dalam Bajet 2024 kerajaan peruntukan RM350 juta kepada Kementerian Pelancongan tetapi MiTDA dan semua rakan rakan di industri pelancongan pula menyasarkan pulangan dari ketibaan pelancong sejumlah RM130.5 bilion berdasarkan pulangan kepada pelaburan.

“Ini adalah blueprint print kami dalam “Strategi Pelan Induk Pelancongan 2024″,” tambahnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast