KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil keputusan
untuk menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt (Frankfurter
Buchmesse) 2023 yang dijadualkan berlangsung di Frankfurt, Jerman selepas Dewan Bahasa dan Pustaka mengambil langkah sama.
Dalam kenyataannya, KPM berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sikap
pro-Israel serta sokongan terbuka daripada pihak penganjur terhadap Israel.
“KPM tidak akan sesekali berkompromi terhadap keganasan Israel di
Palestin. Ia jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan
hak asasi manusia,” tegasnya.
Keputusan yang diambil KPM ini juga selari dengan pendirian kerajaan
untuk sentiasa bersolidariti dan memberi sokongan penuh kepada Palestin, tambahnya. – MalaysiaGazette
DBP batal sertai Pesta Buku Frankfrut pro Israel anti Palestin