KUALA LUMPUR – Bekas pengacara All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Elly Mazlein kembali menarik perhatian netizen apabila hantaran di media sosialnya seolah-olah memberi bayangan kenapa dia berundur daripada program realiti itu.
“Kadang kita terpaksa melupakan tanggungjawab kita. Sebab apa? Sebab niat kita ini baik untuk memberi laluan kepada orang ‘is shaking’ buat kerja dengan lebih selesa.
“Mengalah tidak semestinya kita kalah. Kita ambil keputusan melepaskan untuk tenang dan memilih untuk bahagia,” tulisnya malam tadi.
“Kita sudah elok senyap, member pulak ‘menggelitat’ nak kita cakap benda busuk bangkai ni. Dunia, dunia. Menghukum orang tak habis-habis supaya diri nampak terpaling baik.Makin serlah kelucuan ini.
“Ni baru nama lucu .. tak adalah ia lucu stereotaip,” katanya.
Elly turut meninggalkan pesanan kepada individu terbabit supaya berpijak di bumi nyata.
“Dulu kini dan selamanya walaupun sehebat mananya kita, sombong, hebat kasi turn sikit (kurangkan) dik… Ingat asal usul,” katanya.
Rabu lalu, Astro dalam kenyataan rasmi mengumumkan pengunduran Elly sebagai pengacara ASGV.
Elly atau mesra dengan panggilan Kak Lina itu dilaporkan membuat keputusan itu atas sebab peribadi.
Dia meraih trofi Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Julai lalu. – MalaysiaGazette