LONDON – Bekas penyerang skuad kebangsaan Perancis, Karim Benzema mendapat kritikan hebat susulan beliau secara terbuka memberikan sokongan terhadap Palestin.
Ia gara-gara hantaran di laman media sosial miliknya apabila Benzema mendoakan agar semua mangsa pencerobohan regim zionis diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan yang dihadapi ketika ini.
“Doa kami bersama penduduk Gaza tak kira kanak-kanak ataupun wanita yang menjadi mangsa pencerobohan serta pengeboman oleh regim Zionis,” tulis pemain kelab Liga Pro Saudi, Al-Ittihad di laman media sosial X.
Aouate pernah beraksi dalam saingan La Liga selama 11 musim bersama Racing Santander, Deportivo La Coruna dan Real Mallorca.
Penjaga gol itu kemudiannya membalas mesej Benzema yang juga pemenang Ballon d’Or dengan kata-kata kasar yang mana dia menggunakan lima bahasa berbeza untuk memaki bekas pemain Real Madrid itu.
Ketika ini, selain Benzema, beberapa pemain lain turut memberikan sokongan terhadap Palestin seperti Mouctar Diakhaby, Hakim Ziyech, Mohamed Elneny, Ahmed Abdel Kader, Musa Al-Taamari, Zakaria Aboukhlal, Aliou Dieng dan Nassir Mazraoui.
Konflik Gaza kekal sebagai isu perbalahan yang kkompleks di seluruh dunia dengan serangan oleh Hamas di Palestin sepanjang minggu lalu mengakibatkan pembunuhan dan penculikan ratusan warga Israel.
Sebagai tindak balas, kerajaan Israel telah melakukan sekatan, sekatan, dan serangan udara lebih lanjut di Semenanjung Gaza menjejaskan rakyat Palestin dan menyebabkan ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal. – Agensi