RAMALLAH, Tebing Barat – Pesawat Israel membedil perkarangan bawah Masjid al-Ansar di Tebing Barat pagi Ahad yang dikatakan digunakan oleh pejuang Palestin untuk mengatur serangan.
Serangan itu mengorbankan seorang mangsa, kata, kakitangan perubatan Palestin.
Serangan udara Israel adalah sekurang-kurangnya yang kedua dalam beberapa hari kebelakangan ini selepas pejuang Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober lalu.
Israel berkata, perkarangan di bawah Masjid al-Ansar, di kem pelarian Jenin, adalah milik Hamas dan Jihad Islam Palestin yang bertanggungjawab melakukan serangan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
“Intel baru-baru ini terima yang mana menunjukkan pengganas, (yang) dineutralkan, sedang mengatur serangan pengganas,” kata tentera dalam satu kenyataan.
Tentera Israel berkongsi imej yang dikatakan menunjukkan pintu masuk ke kubu di bawah masjid.
Ia juga mengeluarkan gambar rajah yang dikatakan menunjukkan tempat pejuang Palestin telah menyimpan senjata di sana.
Kem pelarian Jenin, kubu kuat pejuang Palestin, menjadi tumpuan operasi ketenteraan besar Israel awal tahun ini.
Rakaman di media sosial menunjukkan serangan udara, menunjukkan lubang ternganga di salah satu dinding luar masjid, dikelilingi serpihan.
Perkhidmatan ambulans Bulan Sabit Merah Palestin berkata, sekurang-kurangnya seorang warga Palestin terbunuh dan tiga lagi cedera.
Penduduk kem itu berkata, mereka menerima amaran daripada tentera Israel agar menjauhkan diri daripada pejuang Palestin kerana pencerobohan yang akan berlaku ke dalam kem itu.
Namun, mereka mendakwa tentera zionis itu tidak menyatakan tarikh.
Sejak serangan Hamas 7 Oktober lalu, askar Israel telah mengambil masa dua minggu dengan melakukan pengeboman maut ke atas Gaza,.
Sekurang-kurangnya 84 rakyat Palestin di Tebing Barat telah terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Israel.
Pada hari Khamis, tentera Israel berkata, ia menyerbu dan melakukan serangan udara di kem pelarian berhampiran pusat bandar Tulkarm.
Tentera berkata, serbuan itu sebahagiannya bertujuan untuk menangkap suspek dan merampas senjata.
Penduduk Palestin berkata, sekurang-kurangnya 12 terbunuh. – Agensi