Heng Yee menabur arang pada proses membuat Ayam Pengemis atau 'Beggar's Chicken' sebelum dibakar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di New Beggar’ s Delicious Restaurant, Ijok, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 23 OKTOBER 2023.

KUALA SELANGOR – Ijok yang terletak di Kuala Selangor bukan sahaja terkenal dengan makanan laut tetapi juga terkenal dengan makanan tradisional masyarakat Cina.

Salah satunya adalah New Beggar’s Delicious Restaurant yang menyajikan menu unik dikenali Beggar’s Chicken yang bermaksud ‘Ayam Pengemis’.

Restoran itu sudah beroperasi selama 40 tahun dengan resipi turun menurun keluarga pemilik restoran, Tee Kian Ann, 52, menjadikan makanan trasional itu menjadi pilihan masyarakat setempat.

Tak seperti namanya pengemis namun menu itu sukar didapati pada masa kini kerana kaedah penyediaan panjang dan rumit.

Restoran ini beroperasi pada hari Rabu, Sabtu dan Ahad bermula pada 1 tengahari hingga 3 petang dan Kian Ann dibantu isterinya Heng Yee Yin, 42.

Untuk kaedah penyediaan Beggar Chicken pula, proses penyediaan bermula pada pukul 4 pagi lagi dan siap untuk dijual pukul 1 tengahari.

Prosesnya memakan masa selama empat hingga lima jam sebelum dijual kepada pelanggan.

Untu proses penyediaannya, seekor ayam tanpa tulang akan diperap sekurang-kurangnya lima jam bersama dengan kicap dan wain kemudian sup rebusan ayam dan juga herba cina akan dimasukkan ke dalam perut ayam yang telah direndam dengan rempah ratus.

Setelah siap diperap, ayam tersebut dibalut dengan kertas pembakar dan tanah liat.

Seterusnya ayam tersebut dibakar dalam ketuhar menggunakan arang panas selama empat jam.

Sebelum dihidangkan, Beggar Chicken perlu diketuk terlebih dahulu kerana ayam tersebut disalut dengan tanah liat yang agak keras.- MalaysiaGazette

Heng Yee memasukkan ramuan khas dan membalut Beggar’s Chicken menggunakan kertas pembakar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di New Beggar’ s Delicious Restaurant, Ijok, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 23 OKTOBER 2023.
Heng Yee memasukkan ramuan khas dan sup rebusan ayam selepas membalut Beggar’s Chicken menggunakan kertas pembakar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di New Beggar’ s Delicious Restaurant, Ijok, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 23 OKTOBER 2023.
Tee Kian membawa bungkusan ayam sebelum proses pembakaran Beggar’s Chicken ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di New Beggar’ s Delicious Restaurant, Ijok, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 15 OKTOBER 2023.
Heng Yee membalut bungkusan ayam dengan tanah liat sebelum proses pembakaran Beggar’s Chicken ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di New Beggar’ s Delicious Restaurant, Ijok, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 15 OKTOBER 2023.
Sebahagian bungkusan ayam dengan tanah liat sebelum proses pembakaran Beggar’s Chicken ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di New Beggar’ s Delicious Restaurant, Ijok, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 15 OKTOBER 2023.
Heng Yee menyalakan api untuk memulakan proses pembakaran Beggar’s Chicken ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di New Beggar’ s Delicious Restaurant, Ijok, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 15 OKTOBER 2023.
Tee Kian mengeluarkan Beggar’s Chicken yang siap dibakar dari dalam ketuhar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di New Beggar’ s Delicious Restaurant, Ijok, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 15 OKTOBER 2023.
Beggar Chicken perlu diketuk untuk memecahkan tanah liat yang keras selepas proses pembakarannya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di New Beggar’ s Delicious Restaurant, Ijok, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 15 OKTOBER 2023.
Beggar’s Chicken yang sedia untuk disajikan kepada pelanggan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di New Beggar’ s Delicious Restaurant, Ijok, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 15 OKTOBER 2023.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast