Kredit : Datin Harveen Kaur.

KUALA LUMPUR – Pemenang Mrs Malaysia World 2017 Datin Harveen Kaur melakar sejarah tersendiri apabila muncul ratu cantik Malaysia pertama mendaki puncak tertinggi di benua Afrika, Gunung Kilimanjaro.

Wanita berusia 44 tahun itu sampai di puncak Uhuru terletak pada ketinggian 5,895 meter dari paras laut pada 24 Sept lepas.

“Saya bercita-cita untuk menyumbang kepada pemerkasaan wanita dari semua generasi, menggalakkan mereka mempercayai kebolehan mereka. Bersama, kita boleh mengumpul keberanian untuk mengenali dan menyerlah potensi kita,” katanya kepada Bernama.

Kejayaan luar biasa beliau telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai ‘Ratu Cantik Pertama ‘Berjaya Sampai ke Puncak Gunung Kilimanjaro’.

Sijil pengiktirafan itu akan disampaikan pada 1 Nov ini.

Harveen meraih gelaran Mrs Malaysia World pada 7 Sept 2017.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast