TEL AVIV – Perkhidmatan Keselamatan Israel, Shin Bet, menubuhkan unit baharu NILI, yang mana akronim dalam bahasa Ibrani untuk “Keabadian Israel Tidak Akan Berbohong”.
Menurut The Juruselam Post, unit itu mempunyai satu matlamat iaitu membunuh semua penjuang Palestin yang terlibat dalam serangan ke atas negara Zionis itu pada 7 Oktober lalu.
Dalam kejadian tersebut sejumlah 1,400 orang Israel terbunuh, 5,400 cedera dan 212 rakyat Zionis ditangkap Hamas.
Pasukan itu secara khusus ditubuhkan untuk menyasarkan anggota unit komando khas dalam sayap tentera Hamas yang dipanggil Nukhba (elit) yang menyusup masuk ke Israel dan menyerang pos keselamatan tentera Israel.
Menurutnya, NILI berfungsi secara bebas daripada unit perintah dan kawalan lain yang menumpukan untuk ‘meneutralkan’ anggota Hamas berpangkat tinggi.
Misi khusus tersebut adalah berbeza, dengan organisasi merangkumi kedua-dua koperasi lapangan dan kakitangan perisikan.
Sejak dua minggu lalu Israel bertekad mahu menghapuskan Hamas namun telah melakukan jenayah perang dengan membunuh hampir 4,800 rakyat Palestin termasuk hampir separuh daripadanya kanak-kanak dan telah mengeboh lebih 20,000 rumah dan fasiliti termasuk hospital, masjid dan gereja.-Agensi