PETALING JAYA – Grand Damansara Lifestyle Suites (Lifestyle Suites), kediaman terbaharu daripada Grand Global, sudahpun mencapai kadar pemilikan sebanyak 75 peratus selepas pelancaran rasminya hujung minggu lalu.
Terletak di tengah-tengah Petaling Jaya, Grand Damansara Lifestyle Suites menawarkan gabungan kemewahan kompak dan kehidupan bandar.
Dengan saiz unit bermula dari 273 kaki persegi dan berharga kompetitif daripada RM240,000, Lifestyle Suites memiliki daya tarikan pada ruangnya, satu ciri yang sangat diminati oleh individu moden.
Pengarah Eksekutif Grand Global, Song Chin Yew berkata, kadar pemilikan pantas Lifestyle Suites hasil daripada pemahaman komprehensif syarikat tentang pasaran hartanah hari ini serta keperluan bagi kedua-dua pelabur hartanah dan keperluan gaya hidup golongan muda.
Katanya, projek ini menggabungkan inovasi reka bentuk dan disokong oleh harga yang menarik
Song menambah, maklum balas positif daripada pembeli menyerlahkan trend dalam kalangan belia dewasa Malaysia ke arah keutamaan untuk kemudahan berbanding ruang kediaman, jika ruang komuniti direka bentuk pada standard yang tinggi.
Projek ini menawarkan 28 kemudahan komunal terkini, termasuk kolam renang, jakuzi, taman permainan kanak-kanak dan dapur umum untuk memupuk kejiranan dan berkongsi pengalaman dalam kalangan penduduk.
“Kami menyasarkan untuk menyediakan dua manfaat iaitu keterjangkauan dan kemudahan untuk suasana bandar yang sibuk,” kata Song.
Lokasi pusat projek ini menghubungkan penduduk ke hab komersial, hiburan dan runcit seperti TTDI, Mont Kiara, dan pusat beli-belah popular seperti 1Utama dan The Curve.
Penduduk juga akan mendapat manfaat daripada akses kepada pengangkutan termasuk laluan sambungan sepanjang 500 meter ke Stesen LRT Kayu Ara.
Sempena pelancaran itu, Grand Damansara Lifestyle Suites juga telah mengumumkan kerjasama dengan HostAStay yang menawarkan pemilik aset pembeli sebagai penjana pendapatan yang konsisten. – MalaysiaGazette