Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof . Foto AMIRUL SHAUFIQ 06 DECEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemui maut dalam keadaan mengerikan selepas digilis kereta api di Stesen Express Rail Link (ERL)  Kota Warisan di Sepang semalam.

Dalam kejadian itu, tengkoraknya mangsa hancur selepas digilis kereta api.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku sekitar 8.40 pagi selepas polis menerima panggilan sekitar 11.20 pagi dari polis bantuan di stesen keretapi itu.

“Mangsa warga tempatan berusia 35 tahun itu dipercayai telah menceroboh landasan keretapi ERL di stesen tersebut oleh penyelia landasan berkenaan yang melihat dan menegur mangsa namun tidak dihiraukankannya.

“Siasatan awal polis mendapati saksi sedang membantu anak buahnya membuat kerja sebelum terkejut melihat mangsa berada di landasan itu yang berada di Kilometer 2 dan tegurannya untuk beredar segera tidak dihiraukan langsung oleh mangsa, pada masa yang sama telah datang sebuah kereta api dari arah Stesen ERL menuju ke KLIA.

“Selepas ERL tiba di tempat kejadian, lelaki itu tiba-tiba bertindak dengan berbaring di atas landasan itu sebelum dilanggar oleh kereta api ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Wan Kamarul Azran, polis tiba di lokasi dan pemeriksaan ke atas mayat mangsa mendapati kaki sebelah kiri si mati telah patah manakala kepala  pecah dan tangannya terdapat luka kecil.

Hasil pemeriksaan juga mendapati kawasan tersebut tidak mempunyai litar rakaman kamera litar tertutup dan semakan barang peribadi mangsa iaitu dompet, telefon bimbit dan kunci kereta ditemui pada badan si mati mengesahkan mangsa warga tempatan berasal daripada Labu, Negeri Sembilan.

“Polis juga menerusi pemeriksaan lanjut di atas landasan menemui cebisan badan manusia di landasan yang disyaki otak sehingga 50 kaki daripada tempat kejadian terdapatnya serpihan tengkorak dan otak manakala badan si mati hanya mengalami pecah kepala sahaja lebih kepada multiple injury,” ujarnya.

Mayat telah dihantar ke Hospital Serdang untuk menjalankan proses bedah siasat hari ini untuk mengenal pasti punca kematian mangsa.

Beliau turut mengesahkan polis menemui sebuah kereta Perodua Bezza dipercayai milik mangsa ditinggalkan berhampiran lokasi kejadian itu.

“Kes ini telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – MalaysiaGazette