Johan Ariff Abdul Razah

YANGON  – Mangsa sindiket penipuan pekerjaan yang meninggal dunia di Myanmar, Muhammad Izzat Abdul Wahab meninggal dunia di Balai Polis Taichileik, bukannya di pusat tahanan imigresen di negara itu.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Yangon, Johan Ariff Abdul Razah berkata, mangsa yang diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia itu dihantar ke balai polis oleh salah seorang wakil pertubuhan kemanusiaan tempatan.

Menurutnya, Muhammad Izzat  kemudian dibawa ke Hospital Taicileik selepas mengalami gejala sesak nafas dengan pengawasan pihak berkuasa dan sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Apabila berada dalam keadaan stabil mangsa memohon untuk kembali ke lokap polis kerana khuatir berkemungkinan konco sindiket mengekorinya ke hospital dan risau dicekup semula.

“Namun selepas itu mangsa didapati meninggal dunia di lokap polis akibat sesak nafas ketika di lokap tahanan,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Sementara itu, Joham Ariff  beliau berharap semua pihak memastikan kesahihan dan kebenaran fakta sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan kepada semua pihak.

Tambahnya, ia penting bagi mengelakkan sebarang spekulasi negatif andainya berita yang disiarkan tidak benar yang mana ia boleh mengeruhkan keadaan.

Ia sekali gus bagi menjamin hubungan diplomatik dua hala bagi kedua-dua buah negara antara Malaysia dan Myanmar untuk jangka masa panjang, katanya.

“Ada orang cuba putar belit fakta atau tidak pasti, contohnya berkenaan kes arwah Izzat, bila ada maklumat yang diterima kita kena buat penilaian sama ada berfakta atau spekulasi semata -mata.

“Tidak sepatunya perkara yang tidak menjadi isu nanti akan mengeruhkan kedua-dua negara. Macam kes arwah izzat ini adakah ia akan menggaggu usaha-usaha untuk membawa jenazah pulang.

“Sebab itu saya nasihatkan sebelum sebatang kenyataan dibuat kita kena pastikan kesahihah maklumat itu supaya tidak ditimbulkan isu untuk menyusahkan atau  melambatkan proses yang kita lalui dan perlu diuruskan pihak kedutaan, “ ujarnya. – MalaysiaGazette