Masjid Teras Jernang bersama bersama Kayangan Holdings Sdn Bhd akan mengadakan Karnival Healing De Masjid.

KUALA LUMPUR – Masjid Teras Jernang bersama Kayangan Holdings Sdn Bhd akan mengadakan Karnival Healing De Masjid bermula Jumaat ini selama dua hari dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik.

Antaranya melawat Replika Rumah Rasulullah, menunggang kuda, memanah selain kemunculan khas, Syeikh Abdul Razak Al-Masri dan Kumpulan Ashabul Khidmah.

Penganjur dalam satu kenyataan berkata, kemuncak bagi karnival itu adalah Malam Puisi Cinta Allah dan Rasul Bersama Kumpulan Nasyid Raihan, Kumpulan Qasidah Maqari dan Fedtri Yahya.

“Turut diadakan Podcast Langka studio bersama PU Rahmat dan PU Amin selain penampilan istimewa bersama pakar motivasi  Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dan The Helmis tidak lupa juga dengan Aman Palestin, Ustaz Mohd Fadhil.

“Selain itu, kemunculan Tiktokers Auntie Purple dan Papayen serta Meet & Greet bersama maskot Omar & Hana dan kehadiran selebriti seperti Fakrul UNIC, penyanyi Mawi dan Prof Madya Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff bagi program sembang santai.

“Karnival Healing De Masjid akan dirasmikan oleh Datuk Rosli Othman dan dihadiri  Pegawai Tadbir Agama Hulu Langat,  Dr Ahmad Zaky Bin Ali @ Tahir,” kata kenyataan itu.

Penganjur turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai dengan mendaftar dan memeriahkan beramai-ramai Karnival Healing De Masjid kerana menyediakan aktiviti saringan Kesihatan mengetahui tahap mereka.

Katanya lagi, Kaunter Bergerak Majlis Perbandaran Kajang Cukai Taksiran selain cabutan bertuah disediakan untuk pengunjung bertuah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast