MELAKA – Mahkamah Pilihan Raya Melaka hari ini mengekalkan kemenangan Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Keputusan itu dibuat Hakim Abu Bakar Katar yang
menolak petisyen difailkan bekas calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi itu, Abdul Hakim Abdul Wahid untuk membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU-15.
Pada 3 Januari lalu, Abdul Hakim memfailkan petisyen itu di Mahkamah Pilihan Raya Melaka bagi membatalkan kemenangan Mas Ermieyati yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) atas dakwaan berlaku sogokan berbentuk wang dan jamuan bagi meraih undi pada PRU-15 lalu.
Mas Ermieyati bagaimanapun kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas mahkamah menolak petisyen difailkan calon BN berkenaan, bagi menafikan kemenangan calon PN itu pada PRU-15.
Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.
Pada 19 November 2022, Mas Ermieyati mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan selepas menewaskan tiga calon lain iaitu Abdul Hakim, Mutalib Uthman (MUDA) dan Handrawirawan Abu Bakar (PEJUANG).
Mas Ermieyati memperoleh 25,604 undi, Abdul Hakim (21,193), Mutalib (7,445) dan Handrawirawan (507) sekaligus mendapat undi majoriti 4,411 dan menjadi Ahli Parlimen Masjid Tanah bagi penggal ketiga. – MalaysiaGazette