LONDON – Manchester United masih mengalami kerugian walaupun mencatat rekod pendapatan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak £648.4 juta (RM3.7 bilion) untuk tahun berakhir 30 Jun lalu.
Jumlah itu meningkat 11 peratus daripada tahun sebelumnya dan mengatasi rekod sebelumnya yang dicatatkan pada 2019.
Pendapatan tinggi itu dicatat walaupun Red Devils beraksi dalam Liga Europa dan bukannya Liga Juara-Juara (UCL) yang menawarkan ganjaran lebih lumayan.
Kelab itu juga meramalkan mampu menjana pendapatan untuk tempoh 2023 hingga 2024 adalah di antara £650j (RM3.7b) hingga £680j (RM3.9b).
Pengumuman itu dibuat ketika pengasas syarikat bahan kimia INEOS, Sir Jim Ratcliffe, dilaporkan hampir memperoleh 25 peratus kepentingan kelab itu. – Agensi