Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid
Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid - Gambar: Facebook

KUALA LUMPUR – Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kedudukan Iskandar Dzulkarnain dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu malam tadi.

“Lembaga Disiplin parti telah pun menghantar surat tunjuk sebab kepada Iskandar Dzulkarnain sebelum sebarang tindakan diambil ke atas beliau mengikut perlembagaan parti,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Iskandar Dzulkarnain dalam satu kenyataan pada 12 Oktober lalu menyatakan sokongan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang masih bersama Bersatu berkata, tindakan itu diambil kerana tidak sanggup melihat pengundi di kawasannya terbiar dan ketinggalan semata-mata perbalahan naratif politik.

Sementara itu, Hamzah memberitahu, mesyuarat yang dipengerusikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut membuat ketetapan bahawa Perhimpunan Agung Tahunan parti akan berlangsung mulai 23 hingga 25 November ini di
Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.

Beliau menambah, Jawatankuasa Induk Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu akan dipengerusikan Naib Presiden, Datuk Dr Radzi Jidin.

“Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu bermula dengan perasmian sayap-sayap Bersatu pada 23 November, sebelum diikuti Perhimpunan Agung pada 24 dan 25 November,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast