PARIS – Afrika Selatan mempamerkan aksi bertahan luar untuk mengatasi New Zealand yang beraksi 14 pemain 12-11 pada final Piala Dunia Ragbi awal pagi tadi sekali gus memenangi Trofi Webb Ellis dengan rekod kali keempat.
Springboks menambah satu lagi kejuaraan selepas kejayaan pada tahun 1995, 2007 dan 2019.
Berlangsung, di depan 80,065 penonton di Stade de France, penonton disajikan perlawanan yang menyaksikan empat kad kuning dikeluarkan dalam tempoh 80 minit.
Malah, Kapten All Blacks, Sam Cane muncul pemain pertama dibuang padang dalam sejarah final apabila kad kuningnya dinaik taraf kepada merah selepas reviu sejurus sebelum separuh masa pertama tamat.
Di sebalik beraksi tiga suku perlawanan itu kurang seorang pemain, All Blacks mengekalkan corak permainan mereka dan menyempurnakan satu-satunya try menerusi Beauden Barrett untuk merapatkan kedudukan kepada satu mata sebelum sejam. – Agensi