MGNews: Janji Untuk Bersama Berjuang Tapi Kemudian Lari Lintang Pukang – Nizar

Datuk Mohamad Nizar Najib berkata, ada kumpulan yang dulu rapat dengan bapanya, Datuk Seri Najib Razak kini tidak lagi mahu berjuang membebaskan bekas perdana menteri yang sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang. Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan Suara Demi Najib di Dewan Besar, Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur.