Bintang Paling Popular, Bell Ngasri bersama Pengarah Urusan Iconic Sky Entertainment, Muhammad Danial Ismail (kiri) pada sidang media Karnival Kedah dan majlis pengumuman jadi duta Bell Edition di Shook, Hotel JW Marriot, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 27 OKTOBER 2023.

KUALA LUMPUR – Karnival Kedah Best menyasarkan seramai 20,000 pengunjung akan hadir pada karnival yang akan berlangsung di Tasek Darul Aman Park, Jitra Kedah pada
23 Disember depan.

Penganjur yang juga merangkap Pengarah Urusan, Iconic Sky Entertainment, Muhammad Danial Ismail berkata, karnival itu dianjurkan untuk edisi kedua selepas penganjuran kali pertama pada tahun 2020.

“Kami yakin Karnival Kedah Best dapat menarik ramai pengunjung dengan pelbagai acara menarik seperti pertandingan emancing, perhimpunan Motor, jualan t-shirt serta booth jualan makanan.

“Pengunjung yang hadir boleh menyertai cabutan bertuan dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM500,000 antaranya Nissan GTR, Yamaha 135LC, gelang emas dan
wang tunai dengan setiap pembelian.

“Kesemua pembelian wangian dan baju akan mendapat satu kupon cabutan bertuah,” katanya lagi pada sidang media karnival itu di sini baru-baru ini.

Bintang Paling Popular, Bell Ngasri hadir pada sidang media Karnival Kedah dan majlis pengumuman jadi duta Bell Edition di Shook, Hotel JW Marriot, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 27 OKTOBER 2023.

Turut hadir pelawak yang juga Bintang Paling Popular, Bell Ngasri yang juga diumumkan sebagai duta wangian Sky, Bell Edition keluaran Iconic Sky Entertainment.

Pada masa sama, Bell juga akan turun pada Karnival Kedah Best untuk bertemu peminat selain aktiviti jelajah promosi bagi memperkenalkan wangian Sky itu.

Mengulas lanjut, Muhammad Danial turut menetapkan sasaran sebanyak r0,000 unit produk Sky akan terjual sehingga akhir tahun ini.

Kata beliau, ini kerana produk itu hanya dijual sebagai edisi terhad sempena Karnival Kedah Best sahaja yangbertepatan dengan visi syarikat untuk memperkenalkan jenama terbabit kepada pasaran tempatan.

“ni merupakan wangian pertama keluaran Iconic Sky Entertainment yang diberi nama Sky. Untuk edisi pertama Sky, kami tampil dengan kolaborasi bersama Bell Ngasri dan kami datang dengan tiga variasi.

“Sebagai pemain baharu dalam industri ini, besar harapan kami untuk memperkenalkan wangian Sky kepada peminat wangian tempatan seterusnya memikat hati orang ramai.

“Kami juga percaya Bell mempunyai potensi besar untuk membawa jenama Sky dengan lebih meluas kerana nama beliau yang besar dan bergelar bintang paling popular sebelum ini,” kata Danial.

Menerusi wangian Bell Edition, ia tampil dengan tiga variasi iaitu Bell Eau De Parfum for Him, Bell Eau De Parfum for Her dan Bell Freshener. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast