Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – PKR menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya parti itu menjadi ahli Liberal International yang dikatakan menyokong rejim Zionis Israel.

Ketua Penerangannya, Fahmi Fahmi mengesahkan perkara tersebut ekoran percubaan terancang untuk mengaitkan PKR dengan pertubuhan yang menggabungkan parti-parti politik aliran liberal dari seluruh dunia itu.

“Saya mengesahkan bahawa PKR bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International.

“PKR bersolidariti sepenuhnya dengan rakyat Palestin serta mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel yang terus menzalimi, menekan dan membunuh rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dakwaan tersebut tular dalam media sosial baru-baru ini sekali gus menimbulkan tanda tanya berhubung pendirian PKR dalam isu Palestin.

Liberal International yang diasaskan di Oxford, United Kingdom pada 1947 berperanan sebagai rangkaian utama bagi parti-parti politik aliran liberal di seluruh dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast