Reaksi para peserta pelumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 selepas tamat pada siri Jelajah LTdL peringkat pertama dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur sejauh 160km ketika di hadapan Menara berkembar Petronas, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 11 OKTOBER 2022.

KUALA LUMPUR – Menara Berkembar Petronas memohon maaf kepada pengunjung yang mendakwa tidak menerima layanan tidak setimpal daripada pekerjanya.

Menerusi kenyataan, pihak pengurusan operasi lawatannya memberi jaminan akan menjalankan siasatan segera seperti dakwaan.

“Kami memandang berat perkara ini dan sedang menjalankan siasatan dengan segera. Kami akan memastikan hal ini tidak berulang lagi. Segala kesulitan amat kami kesali,” kata kenyataan berkenaan.

Terdahulu lelaki menggunakan nama Shamsuddin Nawawi  di Facebook mendakwa menerima layanan tidak setimpal apabila mendakwa seorang lelaki yang merupakan pekerja Menara Berkembar mendahului pasangan warga asing untuk menaiki Twin Tower Sky Bridge.

Katanya, ketika kejadian yang berlaku semalam pasangan warganegara asing yang datang lambat berbanding beliau sepatutnya menaiki Twin Tower Sky Bridge pada 4.15 petang.

Sebaliknya Shamsuddin pula membeli tiket untuk slot  4 petang.

“Lebih kurang pukul 3 petang datang pegawai Melayu yang pakai tali leher warna Petronas itu ke kerusi bulat sebelah bertanya kepada pasangan Mat Saleh tiket naik pukul berapa.

“Mat Saleh itu jawab pukul 4.15 petang. Pegawai itu kenyit mata dan signal suruh pasangan Mat Saleh itu ke depan supaya boleh naik awal.

“Mulalah tertanya-tanya apa hal pula Mat Saleh boleh naik dulu. Saya ini yang sudah tunggu lebih awal tidak pula dilayan begitu. Bila ditanya kenapa pula begitu jawapannya mereka ada kuasa untuk dahulukan sesiapa yang difikirkan perlu,” katanya semalam.

Akibat tidak berpuas hati lelaki warganegara tempatan berkenaan meminta penjelasan kepada pegawai berkenaan sehingga berlaku pertengkaran mulut.

‘Saya ini dengan rakyat yang pegang MyKid tak pula dilayan begitu. Bila hati sudah panas, suara pun tinggi sikit, pegawai pakai tali leher Petronas itu cuba bagi alasan. Dia kata; “Beli saya peluang jelaskan. Saya akan panggil encik juga lepas ini. Lepas ini?

“Inilah Melayu. Bila nampak Mat Saleh. Mengelenyar nak layan. Melayu yang patuh ikut giliran ini boleh letak tepi. Jadi atas cabaran yang diberi, inilah saya masukkan dalam Facebook. Posting ini public dan terbuka kepada semua orang,” tegasnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast