TEL AVIV – Pihak berkuasa Israel dilaporkan menembak mati seorang remaja Palestin berusia 16 tahun selepas beliau menikam dua askarnya di Tebing Barat.
Seorang daripada pegawai polis sempadan terbabit kritikal dalam serangan pagi Isnin berhampiran pintu masuk Herod’s Gate ke Kota Lama Baitulmaqdis.
Pegawai kedua cedera ringan dalam serangan di luar balai polis Shalem di Jalan Salah al-Din di Baitulmaqdis Timur.
Remaja yang tinggal di kejiranan Issawiya Baitulmaqdis Timur ditembak oleh seorang pegawai polis Sempadan yang lain di tempat kejadian.
Polis Israel berkata, seorang lagi suspek telah ditahan berdekatan dan kaitannya dengan serangan itu sedang disiasat.
Serangan itu berlaku pada masa ketegangan memuncak di Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat selepas Israel menyerang secara tidak berperikemanusiaan di Gaza yang membunuh hampir 10,000 penduduk.- Agensi