Kenyataan CelcomDigi hari ini

KUANTAN – Kira-kira 210,000 pengguna perkhidmatan Celcom di 36 daerah di Pahang dan Terengganu disebabkan kebakaran yang berlaku di Exchange Celcom, di sini.

Disebabkan itu, perkhidmatan suara, SMS dan data terjejas, kata Celcomdigi di sini.

Di Pahang, kawasan-kawasan yang terjejas di Pahang termasuklah Bentong, Bera, Genting, Indera Mahkota, Jaya Gading, Gambang, Jengka, Awah Jengka, Lepar Utara, Gelanggi, Jerantut, Karak, Lipis, Maran, Sri Jaya, Mentakab, Muadzam, Bandar Tun Razak, Pekan, Raub, Rompin, Temerloh dan Tg Lumpur, Chini dan Kuantan Metro.

Bagi negeri Terengganu pula, kawasan yang terjejas meliputi Kuala Krai, Chiku, Bukit Bading, Ketengah, Hulu Terengganu, Besut, Gong Badak, Wakaf Tengah, Cheneh dan Pantai Sepat.

CelcomDigi dalam kenyataannya berkata, syarikat itu sedang berusaha untuk memulihkan semua perkhidmatan secepat mungkin dan memohon maaf kepada pelanggan atas gangguan tersebut. – MalaysiaGazette