KUALA LUMPUR – Jenazah bekas vokalis kumpulan Jinbara, Tia atau nama sebenarnya, Shamsul Bakhtiar Zakaria selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kota Raja, Klang pagi ini.
Arwah Tia meninggal dunia malam tadi di Hospital Shah Alam (HSA) malam tadi akibat kanser hati.
Kelmarin, balu arwah Tia melancarkan tabung untuk mengumpul dana sebanyak RM250,000 bagi membolehkan suaminya menjalankan pemindahan hati di Hospital Medanta New Delhi, India tetapi hasrat itu tidak kesampaian.
Rabu lalu, Arwah Tia dimasukkan ke HSA selepas mengadu sakit perut.
Hasil ujian dijalankan penyanyi yang popular dengan lagu Farhana itu disahkan menghidap kanser hati.
Tia berkahwin dengan Suzan pada 2019, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata. – MalaysiaGazette