KUALA LUMPUR – Pasukan pembelaan yang mewakili Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon supaya anak guamnya dijatuhkan hukuman lebih ringan seperti hukuman penjara atau denda sahaja.
Peguamnya, Haijan Omar berkata, anak guamnya menyesal dan akur dengan keputusan mahkamah namun berharap hukuman terhadapnya diringankan.
“Syed Saddiq tidak memperoleh keuntungan daripada pertuduhan yang dikenakan terhadapnya,” katanya ketika sesi mitigasi berkaitan hukuman.
Bagaimanapun, pendakwaan memohon supaya hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh termasuklah hukuman penjara dua hingga empat tahun, denda RM5 juta serta sebatan tiga hingga lima kali.
Hujah Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin kesalahan yang dilakukan Syed Saddiq tidak boleh dipandang remeh apatah lagi beliau bergelar wakil rakyat.
Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid juga ada bertanya kepada pembelaan adakah hukuman sebat itu mandatori atau ikut budi bicaranya.
Mahkamah ditangguhkan sebentar ketika ini.
Mahkamah Tinggi di sini terdahulu mendapati Syed Saddiq bersalah atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). -MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
kenapa seram ke..orang tua kata berani buat kena lah berani tanggung.