KUALA LUMPUR – Orang ramai dijemput hadir ke program Dialog Pulangkan Najib di Dataran Baitul Tariq, Klebang Permai, Melaka pada 12 November ini.
Menurut pentadbir laman Facebook Najib Razak, program tersebut bermula pukul 8.30 malam.
Beliau memberitahu, antara penceramah yang bakal hadir ialah peguam terkemuka, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah; bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.
Dua lagi penceramah ialah anak Najib yang juga Exco Pergerakan Puteri UMNO, Nooryana Najwa dan aktivis Mahasiswa Malaysia, Farhan Khairuddin.
“Kita terus istiqamah dalam mendapatkan kebenaran dan keadilan buat Bossku,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini. – MalaysiaGazette