Kredit Jabatan Bomba Negeri Sabah

SANDAKAN – Pekerja lelaki yang cedera parah dalam kejadian kebocoran gas amonia di sebuah kilang ais di sini pagi tadi meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK).

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata dalam kejadian pada kira-kira 10 pagi itu, mangsa berumur 40 tahun itu sedang melakukan kerja penyelanggaraan ketika mesin pemotong ais pecah dan terkena gas ammonia sehingga tidak sedarkan diri.

“Hasil siasatan awal polis mendapati ketika kejadian…seorang mekanik dibantu oleh tujuh pekerja sedang membuat penyelanggaraan pada mesin pemotong ais.

“Sebatang paip sistem penyejukan telah bocor dan menyebabkan gas ammonia dari keseluruhan tiub sistem penyejukan menyembur keluar,” katanya kepada pemberita ketika meninjau tempat kejadian di Batu 3 di sini, malam ini.

Abdul Fuad berkata mangsa yang identiti masih dalam siasatan, telah disahkan meninggal dunia ketika tiba di HDOK dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. Bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.

Menurut beliau ketika kejadian, 18 pekerja berumur 21 hingga 55 tahun sedang bertugas di kilang berkenaan dan 17 daripada mereka menerima rawatan di HDOK akibat terhidu gas bocor.

Katanya enam daripada mangsa telahpun dibenarkan pulang manakala selebihnya masih menerima rawatan lanjut termasuk di unit rawatan rapi.

“Sekarang ini, tahap kualiti udara normal dan terkawal. Namun, saya ambil keputusan untuk tutup sementara pengoperasian kilang-kilang di kawasan ini yang berdekatan 100 meter dari kilang ais mengikut nasihat Jabatan Alam Sekitar,” katanya sambil menambah siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sementara itu, Pengarah HDOK Dr Mohd Fahmie Othman menasihati orang awam terutama penduduk sekitar yang mungkin terkesan dengan kejadian itu agar segera ke klinik berdekatan atau terus ke Jabatan Kecemasan HDOK jika mengalami simptom seperti gatal pada kulit, radang pada mata dan sesak nafas. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. This is truly a tragic incident. My heartfelt condolences go out to the family and loved ones of the man who lost his life in the ammonia gas leak at the ice factory. It’s devastating to hear about such accidents, and it underscores the importance of stringent safety measures in industrial settings. My thoughts are with the community affected by this incident, and I hope that thorough investigations are conducted to prevent such tragedies in the future.

Comments are closed.